Hakikat kehidupan
Ini ialah kali pertama saya menulis blog, dan saya mula tertarik untuk menulis blog ini setelah melihat kewujudan banyak blog2 yang menjatuhkan dan menghina orang lain tanpa sebarang tujuan untuk membina. Muncul sebagai free thinker dan meluahkan pelbagai persoalan-persoalan dan tohmahan yang bersifat untuk kepentingan individu atau mana-mana pihak.
Inilah hakikat kehidupan kita, tanpa matlamat perjuangan yang tetap, mencari perkara yang boleh memuaskan nafsu dan membuang perkara yang boleh memuaskan akal kita. Kajian Agama Islam mengatakan manusia ini terdiri daripada akal dan nafsu, dan kajian ini dibuktikan oleh barat apabila mereka mewujudkan dua malaikat di kiri dan kanan manusia yang seolah-olah mewakili dua malaikat, malaikat baik dan malaikat jahat, yang mana satu malaikat akan berbisik supaya manusia melakukan kejahatan, dan satu malaikat lagi berbisik supaya manusia melakukan kejahatan. Itu ialah wakil bagi akal dan nafsu yang mana akal akan sentiasa sibuk memikirkan perkara kebaikan manakala nafsu akan terus membisikkan kejahatan. Syaitan hanyalah penguat lagi bagi nafsu, Al-Quran dan zikrullah pulalah penguat bagi akal.
Namun ini ialah hakikat kehidupan yang tidak disedari ramai, bahawa kebaikan dan kejahatan itu perkara yang sentiasa datang dan pergi dalam diri manusia. Manusia tidak diwakili dengan kejahatan, manusia jugak tidak diwakili dengan kebaikan selama-lamanya. Merujuk kepada 1 hadis yang mengatakan pada akhir zaman nanti akan muncul golongan yang beriman di siang hari, dan kufur di malam hari, pada masa itu dikatakan kejahatan seumpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam di malam hari tanpa bulan dan bintang. sudah pastilah susah untk melihat semut itu, dan membezakan semut dengan batu itu. Begitulah di ibaratkan susahnya untuk membezakan perkara baik dan jahat pada zaman kini.
Manusia sudah tidak mampu menilai perkara yang baik, justeru kita cuma menilai mengikut logik dan gerak hati dengan mengabaikan petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Mencipta. Tidak kurang pula muncul golongan yang menggunakan ayat-ayat Allah untuk kepentingan diri sendiri, tidak berdakwah dengan setulus hati, menolak pendapat-pemdapat yang mungkin menolak perkara di dalam perjuangannya, dan mengwujudkan pendapat-pendapat yang berat sebelah.
Bagaimanapun, sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, manusia ini makhluk yang alpa dan sentiasa mudah lupa. Manusia perlu sentiasa diperingatkan dengan kaedah yang berhikmah dari masa ke semasa, dan dengan mempamerkan keindahan akhlak Islam, dan dengan kesabaran seperti yang di ajar oleh Rasul-rasul dan anbiya’ kepada umat-umatnya. Janganlah kita segera menghukumi sesuatu kejahatan dan kebaikan itu, dan janganlah kita terus menghukumi manusia-manusia yang tidak sealiran ataupun sependapat dengan kita, dan jangan kita terus hukumi musuh-musuh kita. Siapalah kita sebagai manusia untuk menghukum manusia, serahkan hukuman hanya kepada yang Maha menghukum, dan marilah kita teruskan mengajak dan berdakwah serta saling memperingati tanpa memberi hukuman-hukuman seperti "kamu ni memang konfem neraka dah", atau "die ni nasihat ape pn mmg x masuk dah".
Dan akhirnya, pedulikkan tohmohan-tohmohan dari orang lain kerana usaha kita itu akan dinilai oleh Yang Maha Menilai, abaikan penilaian-penilaian manusia yang berunsur negatif, berusaha memperbaiki usaha kita agar dapat diterima ramai, dan biarlah Yang Maha Menghukum yang menghukum kita. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri…….
September 19th, 2008 at 7:22 am
aku cam teraser sket r plk.
haha. anw. gud 1.
it looks like ur existence in my life really means something.
nice noeing u. peace..